Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 014 : Lega?! Macam tak kena…

one..

“Lawan tetap lawan!” -DSAI-

Aku baru habis mendengar lagu Nikmat Sementara yang dimainkan oleh band anak muda tempatan iaitu band Statik. Macam biasa, lega yang kuharapkan dapat mengobat jiwa dan ragaku yang begitu berat pada hari Rabu hinggalah hari Jumaat. Dimana ketika itu, aku bersama rakan seperjuanganku menghadapi amarah Ujian Bulanan ke-2. Manakala aku juga menghadapi situasi yang memeningkan untuk sejenak kerana Mawar Khayalanku seolah-olah…. macam mana nak cakap yerk….

Pada 3 April 2009, selepas ujian Matematik, kawanku, Amir telah memberi aku kertas borang Soal Selidik mengenai PPSMI. Ramai yang menyokong tetapi ramai yang tidak menyokong. PPSMI merupakan pembelajaran dan penghayatan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Acap kali, aku melihat soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan soalan yang amat mudah (bukan nak koyok). Namun, ingatlah, suatu hari nanti kita akan kehilangan bahasa sendiri dalam mata pelajaran tersebut. Bukan dua subjek sahaja yang terlibat dalam PPSMI seperti diuarkan-uarkan oleh seorang ahli politik, tetapi 89 mata pelajaran yang terlibat dalam PPSMI. Banyakkan? Lu pikirlah sendiri..

Teruskan membaca

Advertisements

April 4, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Cinta?!, Islam, Muzik Baru Malaysia, Politik | , , , , , , | 1 Komen

# 011 : Muzik Baru Malaysia

kami-sayang-indie1

“WE SUPPORT OUR LOCAL BAND” -Aku.Dia.Gumbira-

Muzik baru Malaysia telah berjaya memikat selera pendengar rakyat Malaysia. Sebagai bukti, band Hujan dengan lagu mantapnya iaitu “Pagi Yang Gelap” menjadi siulan di kalangan rakyat Malaysia pada akhir tahun 2007.

Selain itu, sebuah band yang sedang meningkat naik iaitu Bunkface menjadi band terhangat dikalangan peminat muzik Malaysia. Bunkface dengan lagu Melayu pertamanya, ‘Situasi’ telah kekal bertahan didalam carta sebuah stesen radio tempatan. Disamping itu,The Divine Masters telah menampilkan muzik yang bertenaga dalam lagu ‘Disampingmu’.

Teruskan membaca

Mac 19, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Muzik Baru Malaysia | , , , , | 5 Komen