Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 017 : Hoben Jang Hoben!!

“Hoben Jang Hoben!!” -penyokong Negeri Sembilan!!-

7 NOV 2009…

Malam penuh menyaksikan kegemilangan bola sepak Negeri Sembilan mencapai kemuncaknya setelah kemarau Piala Malaysia selama 61 tahun setelah menggapai piala berprestij ini kali terakhir pada tahun 1948 selepas menewaskan Selangor 2-1. Kemenangan 3-1 Negeri Sembilan mengatasi Kelantan bermakna Kelantan terus kempunan Piala Malaysia sejak kejohanan tersebut diadakan pada 1921. Itu baru sejarahnya.

Pencapaian ini dilakarkan dengan jaringan gol Sharuain Abu Samah, Hairuddin Omar (baru men 15 saat second-half, beliau dah skor!) dan sepakan penalti, Zaquan Adha meletakkan Negeri Sembilan di hadapan 3-0 sebelum Indraputra Mahyuddin memecahkan kebuntuan Kelantan pada minit 83. Sebelum itu, ramai penyokong Kelantan sudah pun keluar dengan perasaan hampa ketika NS berada dalam keadaan selesa 3-0.

Teruskan membaca

Advertisements

November 7, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Sukan | , , , , , | 1 Komen

# 015 : Trial yang huru-hara….

 

Semangat GMI

Semangat GMI

“Jangan engkau ingat remaja zaman sekarang teruk! Tetapi merekalah yang akan mencorak masa depan negara dan dunia” -Seorang Futuristik-

 

Trial – trial…. Hm.. Dah selesai, hanya tunggu keputusan yang menentukan aku dan rakan seperjuangan aku dalam kategori tertinggi,terbiasa,terendah dalam keputusan trial PMR dan PMR yang akan berlangsung sebulan setengah lagi. Huru-hara itu pasal peperiksaan, H1N1, Palestin dan ISA.

Peperiksaan baru ini memang susah sikit tetapi aku dapat jawab dengan berhempas-pulas di atas kertas peperiksaan. Tiap-tiap malam kat asrama mesti study,buat latihan (terutamanya Matematik, BM, BI dan Geografi) sambil mendengar lagu-lagu yang tengah ‘ngetop’ dalam MP4 kawan aku seperti; Alexa – Jangan Kau Lepas, Kangen Band – Kembali Pulang, Sixth Sense – Khatimah Cinta, Zee Avi – Kantoi, Hujan – Mencari Konklusi, Bunkface – Prom Queen dan tengok video klip Bunk Anthem oleh BUNKFACE!. Memang syok walaupun duduk terkurung dalam asrama namun teknologi seperti MP4,MP5,iPOD Apple dan telefon bimbit menyenangkan hati yang resah menghadapi trial PMR.

Teruskan membaca

Ogos 8, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , | 2 Komen

# 014 : Lega?! Macam tak kena…

one..

“Lawan tetap lawan!” -DSAI-

Aku baru habis mendengar lagu Nikmat Sementara yang dimainkan oleh band anak muda tempatan iaitu band Statik. Macam biasa, lega yang kuharapkan dapat mengobat jiwa dan ragaku yang begitu berat pada hari Rabu hinggalah hari Jumaat. Dimana ketika itu, aku bersama rakan seperjuanganku menghadapi amarah Ujian Bulanan ke-2. Manakala aku juga menghadapi situasi yang memeningkan untuk sejenak kerana Mawar Khayalanku seolah-olah…. macam mana nak cakap yerk….

Pada 3 April 2009, selepas ujian Matematik, kawanku, Amir telah memberi aku kertas borang Soal Selidik mengenai PPSMI. Ramai yang menyokong tetapi ramai yang tidak menyokong. PPSMI merupakan pembelajaran dan penghayatan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Acap kali, aku melihat soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan soalan yang amat mudah (bukan nak koyok). Namun, ingatlah, suatu hari nanti kita akan kehilangan bahasa sendiri dalam mata pelajaran tersebut. Bukan dua subjek sahaja yang terlibat dalam PPSMI seperti diuarkan-uarkan oleh seorang ahli politik, tetapi 89 mata pelajaran yang terlibat dalam PPSMI. Banyakkan? Lu pikirlah sendiri..

Teruskan membaca

April 4, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Cinta?!, Islam, Muzik Baru Malaysia, Politik | , , , , , , | 1 Komen

# 013 : Jatuhnya Sebuah Empayar

Empayarku

Nabi Muhammad pernah berdoa : “Aku memohon kepada Tuhanku 3 perkara, dua permohonan diperkenankan tetapi satu permohonan lagi telah ditolak. Aku memohon kepada Tuhanku supaya umatku tidak dihapuskan (dari muka bumi) dan Dia menerimanya. Aku mohon umatku tidak mati kelaparan, Dia menerimanya. Aku memohon umatku tidak berselisih pendapat dan berpecah belah, tetapi Dia menolak” -Diriwayatkan Muslim-

21 Mac 2009..

Aku membaca kisah Khalid Al-Walid, seorang Saifullah yang bercita-cita syahid di pedang perang. Sampai muka surat ke 148, aku membaca hadis diatas. Nabi Muhammad pernah memohon kepada Allah suapaya tidak berpecah umatnya tetapi ditolak oleh Allah dan perkara tersebut berlaku pada hari ini.

Teruskan membaca

Mac 22, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , | 3 Komen

# 012 : Bebas….

tentera Allah

“Kita semua perlu bebas daripada cengkaman zalim” -Seorang Sultan-

Kebebasan dan kemenangan adalah impian seluruh hidupan didunia ini terutamanya pembebasan diri daripada cengkaman kezaliman. Dunia hari ini menyaksikan tiada lagi sebarang penjajahan secara fizikal tetapi penjajahan secara minda sedang berlaku pada masa kini. Penjajahan secara minda atau dikenali sebagai ‘Kawalan Minda’ ataupun dalam Bahasa Arab dikenali sebagai ‘Ghazwul- Fikr’.

Penjajahan secara fizikal telah membuat fikiran seseorang tidak bebas melakukan apa saja. Manakala penjajahan secara minda boleh membuat minda seseorang dijajah oleh suatu pemikiran yang membuatkan seseorang itu tidak bebas kerana sudah terikat dengan pemikiran tersebut contohnya kapitalis,liberalis,komunis,pruralis dan lain-lain.

Teruskan membaca

Mac 21, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , | 2 Komen

# 011 : Muzik Baru Malaysia

kami-sayang-indie1

“WE SUPPORT OUR LOCAL BAND” -Aku.Dia.Gumbira-

Muzik baru Malaysia telah berjaya memikat selera pendengar rakyat Malaysia. Sebagai bukti, band Hujan dengan lagu mantapnya iaitu “Pagi Yang Gelap” menjadi siulan di kalangan rakyat Malaysia pada akhir tahun 2007.

Selain itu, sebuah band yang sedang meningkat naik iaitu Bunkface menjadi band terhangat dikalangan peminat muzik Malaysia. Bunkface dengan lagu Melayu pertamanya, ‘Situasi’ telah kekal bertahan didalam carta sebuah stesen radio tempatan. Disamping itu,The Divine Masters telah menampilkan muzik yang bertenaga dalam lagu ‘Disampingmu’.

Teruskan membaca

Mac 19, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Muzik Baru Malaysia | , , , , | 5 Komen

# 009 : Tandas….

“Tiada orang kedua melihat sampah(kotor)” -Sebuah pepatah-

Tandas. Mula dicipta sekitar 4000 SM. Rekod penciptaan tandas terawal bermula di Rom. Kerajaan Rom amat peka tehadap kebersihan dan membuat kempen-kempen kesedaran. Kerajaan Rom telah membina tandas-tandas awam untuk digunakan awam. Sebagai buktinya, di Colleseum,Rom ada tandas terbuka di sana.

Tandas merupakan tempat manusia melepaskan tanggungjawab bahan kotoran yang terkandung dalam usus-usus sebelum ia keluar melalui anus. Tandas juga merupakan tempat yang kotor tapi perlu disucikan selepas menggunakannya tetapi negara ini segelintir rakyatnya tidak mempedulikan hal tandas.

Teruskan membaca

Mac 17, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, Islam | , , , | 7 Komen

# 007 : Ketuanan Rakyat

ketuanan rakyat

Pada abad ini,bukan lagi milik Barat kerana ia adalah abad Asia. Yakinlah orang Asia akan bangkit dengan gelombang Asia. – Presiden Indonesia,Susilo Bambang Yudhyono –

WALAUPUN ANDA TIDAK MEMINATI POLITIK,SILA BACA SEJENAK

8 MAC 2009

Tinggal di bandar Seremban ini telah memperlihatkan aku kepada pelbagai jenis manusia dan bangsa.Berbeza latar belakang,perangai dan karier.Sebagai seorang pelajar yang pergi ke kedai untuk membeli makanan,ramai pelanggan berbeza kaum telah aku jumpai.Mereka bagaikan tiada beza bagi aku,walaupun tidak mempunyai pertalian darah mahupun persamaan bangsa.

Daripada aku kecil lagi,aku sentiasa memandang mereka umpama saudara ku sendiri.Mereka mempunyai budaya2 yang unik.Tetapi,aku tidak dapat mengetahui mengapa perbezaan bangsa ini menjadi jurang yang amat besar,malah tiada usaha untuk merapatkan nya.Aku sering dimomok kan dengan semangat assabiah yang melampau.Aku dihadam dengan propaganda yang menyatakan bangsa lain ingin mengambil kesempatan ke atas bangsa sendiri.

Teruskan membaca

Mac 14, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , | 1 Komen

# 006 : Kebangkitan Islam

islam_background_61“Sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu kemenangan yang nyata.” – Al-Fath : 1 –

Islam sebuah agama yang tercipta disebuah tanah yang gersang. Tidak seperti agama samawi lain yang terbina diatas bumi yang subur seperti di Palestin yang menjadi tapak asal penyebaran Kristian dan Yahudi (di Mesir juga tetapi setelah Nabi Musa dan Harun serta pengikutnya keluar ke Palestin diatas perintah Allah).Islam yang merupakan agama yang penyebarannya terpantas didunia oleh sebab dalam tempoh 1400 tahun,Islam sudah ada 1.7 billion penganutnya. Dengan kekayaan sejarah yang cukup untuk memenuhi segala ruang didunia ini,Islam juga mempunyai cerita disebalik kekayaan sejarahnya. Dari Sepanyol hinggalah Indonesia yang menyaksikan penyatuan empayar Islam yang cukup kuat dan hebat. Umaiyah hinggalah Uthmaniyyah mencipta sejarah empayar sendiri.

Teruskan membaca

Februari 28, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , , | 3 Komen

#005 : Apa yang Penting?! Kerjasama!

3d-pedas-copy“Siapa yang berjalan diatas landasan,dia pasti akan sampai” -Pepatah Arab-

Kemenangan yang sah dan adil adalah suatu kemenangan yang terbaik.Aku cuba menang dalam semua perkara yang aku masuki namun tetap tewas dan terlewatkan. Hari ini hari yang cerah,esok siapa yang tahu. Pepatah itu pernah tercatat dalam loker kesayangan aku pada tahun lepas. Tapi itu semua hanyalah mimpi yang amat diragui. Tapi itu takkan mematikan semangat aku dalam menempuh kehidupan membina Empayar Rakyat bersama rakyat.Tapi aku harap aku ni seorang yang gebang sehinggakan semua percakapan akan terbang. [Lagi…] Khamis,26 Februari Kawan baik aku,Dalila menanyakan aku apabila aku bertembung dengannya dihadapan kelas 3 Republik of Khawarizm. Dia panggil aku dengan nama gelaran Joe. Sejak dari form 1 lagi. Tak tahu apa sebab. Mungkin gigi hadapan aku ini memainkan peranan penting.

Teruskan membaca

Februari 28, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam | , , , | 3 Komen