Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

Hoben Jang Hoben 2009!

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009 

“”Glory….glory… Negeri Sembilan! The best team in the world!!”

Skuad Hoben Jang Hoben akhirnya menamatkan kemarau 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia 2009. Permainan cantik diantara kombinasi pemain tengah dan pertahanan serta serangan merupakan aset kemenangan Negeri Sembilan untuk menundukkan Kelantan dengan mudah 3-1 walaupun menerima tentangan daripada penyokong ganas Kelantan yang bertindak ganas!

NEGERI SEMBILAN menamatkan penantian selama 61 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada 1948.

Kejayaan itu diukir selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


 

Ia merupakan hadiah paling istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir pada 26 Oktober lalu.

Bagi Kelantan, hasrat mereka untuk menjulang piala berprestij itu buat kali pertama terus musnah setelah tiga kali melangkah ke perlawanan akhir termasuk pada tahun 1955 dan 1970.

Final Piala Malaysia edisi ke-83 bermula dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran 85,000 penonton yang memenuhi setiap ruang di Stadium Nasional itu. Yang pasti, 70 peratus daripadanya terdiri daripada penyokong Kelantan.

Jaringan cantik Negeri Sembilan dihasilkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17) yang diasak hebat dan kesilapan pertahanan Kelantan, Zamri Ismail meletakkan Negeri Sembilan di hadapan perlawanan akhir piala berprestij ini.

Negeri Sembilan tidak perlu menunggu lama untuk mencari gol ke-2 selepas 13 saat perlawanan separuh masa kedua berlangsung, Hairudddin Omar (m-46) menanduk masuk bola ke gawang selepas mendapat hantaran cantik dari Zaquan Adha.

13 saat!

Kegirangan penyokong Negeri Sembilan kian bertambah dan marak selepas Mohd. Zaquan Adha Radzak mengambil sepakan penalti pada minit ke-59 selepas Sharuain Abu Samah dikasari oleh pertahanan lawan, Zamri Ismail. Zaquan Adha dengan penuh tenang mengambil beberapa ‘step’ sebelum menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol veteran Kelantan, Halim Napi. 

Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya selepas menundukkan Selangor dalam final Piala HMS-Malaya 1948 sejurus tamatnya Perang Dunia Ke-2. Kemenangan Skuad Rusa pada tahun 1948 cukup menyuntik semangat pemain Negeri Sembilan yang beraksi penuh stylish!

Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.

hero awal... sharuain abu samah

Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.

Kekalahan ini menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.

kemenangan kpd DYMM YDP Besar NS!!

Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.

Keputusan tamat, NEGERI SEMBILAN menjuarai Paial Malaysia edisi ke-83 dengan mengalahkan Kelantan 3-1.

 

Advertisements

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: