Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 017 : Hoben Jang Hoben!!


“Hoben Jang Hoben!!” -penyokong Negeri Sembilan!!-

7 NOV 2009…

Malam penuh menyaksikan kegemilangan bola sepak Negeri Sembilan mencapai kemuncaknya setelah kemarau Piala Malaysia selama 61 tahun setelah menggapai piala berprestij ini kali terakhir pada tahun 1948 selepas menewaskan Selangor 2-1. Kemenangan 3-1 Negeri Sembilan mengatasi Kelantan bermakna Kelantan terus kempunan Piala Malaysia sejak kejohanan tersebut diadakan pada 1921. Itu baru sejarahnya.

Pencapaian ini dilakarkan dengan jaringan gol Sharuain Abu Samah, Hairuddin Omar (baru men 15 saat second-half, beliau dah skor!) dan sepakan penalti, Zaquan Adha meletakkan Negeri Sembilan di hadapan 3-0 sebelum Indraputra Mahyuddin memecahkan kebuntuan Kelantan pada minit 83. Sebelum itu, ramai penyokong Kelantan sudah pun keluar dengan perasaan hampa ketika NS berada dalam keadaan selesa 3-0.

Saya sebagai penyokong jati Negeri Sembilan amat berbangga selepas saya menunggu piala ini sejak final Piala Malaysia pada tahun 2000 dan 2006. Saya melihat sejarah kegemilangan bola sepak Negeri Sembilan meningkat tahap profesionalnya setiap 3 tahun bermula pada tahun 2000.

Contoh pertamanya, layak ke final Piala Malaysia 2000 untuk menentang Perak tetapi tewas 2-0. Kedua, memenangi Piala F.A pada tahun 2003 selepas menundukkan Perak 2-1 hasil jaringan gol K. Rajan. Ketiga, menjadi naib johan dalam Piala Malaysia 2006 selepas tewas kepada Perlis 2-1. Gol tersebut dihasilkan oleh pemain import kesayangan Negeri Sembilan, Christian Bekamanga Bekamango. Dan terakhir, pada tahun ini, yakni 2009, Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala Malaysia 2009 selepas mengalahkan Kelantan 3-1. Hebat sungguh pemain Negeri Sembilan dalam tempoh 9 tahun ini. Tahun 2009 memang khas untuk Negeri Sembilan!! HaHaHa!!

Walaupun penyokong Negeri Sembilan cuma menguasai 30% kapasiti penonton, pasukan bola sepak Negeri Sembilan mendapat semangat jitu kerana kehadiran DYMM Yang Di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Menteri Besar NS mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan. Memang benar kata seorang pak cik yang menonton perlawanan ini bersama saya. Dia berkata kemenangan Piala Malaysia 2009 ini, khas untuk Yang Dipertuan Besar NS.

Saya melihat dan menganalisis perlawanan NS melawan Kelantan amat sengit dan terburuk! (walaupun x seteruk perlawanan semi-final Piala Malaysia 2009 ke-2 Kelantan lwn Perlis) Saya melihat penyokong Kelantan tidak mengawal emosi dan melontar objek-objek berbahaya seperti botol dan mercun ke arah kakitangan RTM, pengadil perlawanan dan pemain Negeri Sembilan. Bagaimana mereka berjaya membawa mercun ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil? Bukankah FAM telah menetapkan bahawa mercun diharamkan dibawa masuk ke dalam stadium? Bagaimana kebakaran kerusi penonton boleh tercetus? Saya harap FAM dapat memperbaiki keadaan dan mengetatkan pemeriksaan kepada semua penyokong. Kejadian membakar kereta polis oleh penyokong Kelantan harap takkan berulang.

Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pemain Negeri Sembilan yang bermain bersungguh-sungguh untuk menjulang Piala Malaysia dan tidak lupa kepada penonton NS yang sanggup datang ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu! Hoben Jang Hoben!!

Keputusan Akhir Piala Malaysia 2009:
 
NEGERI SEMBILAN………………3
Sharuain Abu Samah,
Hairuddin Omar,
Zaquan Adha,

 

KELANTAN……………………….1
Indraputra Mahyuddin

 

Advertisements

November 7, 2009 - Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Sukan | , , , , ,

1 Komen »

  1. Adik, sangat baguslah penulisan ni. Cepat betul belajar. Abg jujur sangat suka 🙂

    Boleh tulis surat khabar dah ni

    Komen oleh Akmal Hakim | Disember 9, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: