Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 016 : Marhaban Ya Ramadhan!!!


–   Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)   –

Ramadhan….Telah tiba pada tahun ini dengan penuh kesederhanaan di negara Malaysia. Aku pergi menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat di surau Taman Tasik Jaya Fasa 1. Ternyata memang ramai benar orang berdedai-dedai datang menunaikan solat sunat ini yang berlaku dalam setahun sekali. Maklumlah.. cuti seminggu yang akan dipenuhi dengan ulangkaji dan latih tubi selepas trialku cuma mendapat 4A 1B 4C….teruk jugak…. 

Hm….. dalam keadaan hujan renyai-renyai sahaja, tidak menghalang aku pergi menunaikan solat sunat tarawih buat kali pertama pada tahun ini. Sebelum itu, imam surau Taman Tasik Jaya ini telah membacakan surah Al-Fath ayat satu pada solat Isyak yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu kemenangan yang nyata” -Al-Fath:1-

Selepas solat Isyak, aku memikirkan ayat ini yang pernah aku tulis dekat kertas ujian aku (especially Sejarah). Ayat Al-Quran ini membuatkan aku semangat dan aku berusaha menghayati Surah Al-Fath. Alhamdulilah….

Bulan Ramadhan bukan alasan kita duduk lesu dan malas membuat aktiviti kerana dahaga dan lapar. Aku melihat gulungan sejarah Islam terdahulu berjuang melawan nafsu malah musuh yang sering mengkucar-kacirkan umat Islam. Para pejuang terdahulu menghiasi bulan Ramadhan dengan keringat dan berlangsirkan darah yang mengubah sejarah serta dihati tak pernah timbul gentar dan kesal.

Malah, terus mara melawan musuh dengan jihad yang tinggi. Kisah mereka semua harus dikenang dan diperjuangakan kembali dengan menegakkan keadilan yang nyata di bumi ini. Semoga Allah memberkati para syuhada’  terdahulu yang berusaha mempertahankan Islam dengan darah mereka!

Sedikit catatan mengenai keistimewaan Ramadhan dalam sejarah perjuangan Islam…..

  • Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan 8 Hijrah) — Rasulullah keluar bersama 10000 orang tentera dari kaum Muhaijirin dan Ansar menuju ke Mekah dalam misi membebaskan warga Quraisy daripada kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan penuh gilang-gemilang tanpa pertumpahan darah.
  • Perang Yakhliz (15 Ramadhan 1294 H) — Tentera Islam seramai 34,000 berjaya mengalahkan musuh, kerajaan Tsar Russia yang membawa tentera seramai 740,000 semata-mata mempertahankan akidah Islam
  • Perang Badar (17 Ramadhan 2 H) — Peperangan yang membawa kemenangan spektakular yang dialami kaum Muslimin meskipun jumlah askar yang terhad dan kekurangan jentera peperangan yang  jauh lebih maju daripada Musyrikin Mekah.
  • Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658 H) — Sultan Malikul Muzaffar Quthuz dan isterinya, Jamillia serta bersama angkatan tentera Islam melawan tentera Tartar Mongol yang merobek empayar Islam sehingga Islam dihujung tanduk dengan kemenangan mutlak dan bermulanya pengunduran tentera Mongol.
  • Kalahnya Tentera Mongol (25 Ramadhan 658 H) — Angkatan tentera Islam dibawah pimpinan Hulagu Khan menewaskan tenteran Mongol di Ain Jalut.
  • Pemusnahan patung berhala Al-Uzza (25 Ramadhan) — Dimusnahkan oleh Khalid Al-Walid atas arahan baginda, Rasulullah SAW di Nakhla.
  • Penaklukan Andalusia (28 Ramadhan 92 H) — Tariq Ziyad telah mengubah sejarah Eropah apabila menakluk Sepanyol dengan 7000 orang tentera Islam. Dengan pertolongan Allah, Tariq bin Ziyad berjaya menakluk seluruh Andalusia dan selatan Perancis walaupun menentang musuh yang beratus ribu tentera dalam tempoh 5 tahun.
  • Perang Zallaqah, Portugal (Ramadhan 459 H) — Tentera Islam dibawah pimpinan Sultan Yusuf berjaya menangkis serangan tentera Kristian pimpinan Alfonso IV. Dalam tempoh yang singkat, seluruh Sepanyol berjaya ditawan.
  • Persiapan Perang Khandaq — Atas cadangan Salman Al-Farisi menggali parit sebagai suatu strategi peperangan. Rasulullah SAW bersama para sahabat menggali parit sedalam 10 hasta,selebar 9 hasta dan sepanjang 15,000 hasta selama 6 hari berturut. 
Advertisements

Ogos 21, 2009 - Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam

4 Komen »

  1. Perang Ramadhan tak letak? Liga arab VS Yahudi?

    Komen oleh Akmal Hakim | Ogos 30, 2009 | Balas

  2. x ingat…. baru taw tyme bce harakah minggu lepas…
    haha… zionis ttp kalah…

    Komen oleh sultanfitrie | September 13, 2009 | Balas

  3. Yup.. yang sebenarnya macam tu.. Baca sejarah ni banyak sangat bias.. Fitri, cuti ni kita jalan-jalan sikit kat luar, boleh borak panjang ^^

    Komen oleh Akmal Hakim | September 16, 2009 | Balas

  4. my dear fitrie,

    I wish the best of you, having PMR with lots of factual mind you have.

    I miss the day you teach me a lot..

    May Allah bless you..

    Abang betul-betul minta maaf silap abang yang dulu-dulu tu, lupakan saja ya~

    Jaga amal, nak jadi jundi kan?

    Komen oleh Akmal Hakim | Oktober 11, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: