Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 015 : Trial yang huru-hara….


 

Semangat GMI

Semangat GMI

“Jangan engkau ingat remaja zaman sekarang teruk! Tetapi merekalah yang akan mencorak masa depan negara dan dunia” -Seorang Futuristik-

 

Trial – trial…. Hm.. Dah selesai, hanya tunggu keputusan yang menentukan aku dan rakan seperjuangan aku dalam kategori tertinggi,terbiasa,terendah dalam keputusan trial PMR dan PMR yang akan berlangsung sebulan setengah lagi. Huru-hara itu pasal peperiksaan, H1N1, Palestin dan ISA.

Peperiksaan baru ini memang susah sikit tetapi aku dapat jawab dengan berhempas-pulas di atas kertas peperiksaan. Tiap-tiap malam kat asrama mesti study,buat latihan (terutamanya Matematik, BM, BI dan Geografi) sambil mendengar lagu-lagu yang tengah ‘ngetop’ dalam MP4 kawan aku seperti; Alexa – Jangan Kau Lepas, Kangen Band – Kembali Pulang, Sixth Sense – Khatimah Cinta, Zee Avi – Kantoi, Hujan – Mencari Konklusi, Bunkface – Prom Queen dan tengok video klip Bunk Anthem oleh BUNKFACE!. Memang syok walaupun duduk terkurung dalam asrama namun teknologi seperti MP4,MP5,iPOD Apple dan telefon bimbit menyenangkan hati yang resah menghadapi trial PMR.

Hari pertama Trial, BM dan Science kertas 1. BM kertas 2 dahlah salah wat format laporan. Risau dan jiwa aku frust sangat! Sains PPSMI…Alhamdulilah dapat dijawab dengan sempurna dan tenang walaupun kesalahan dapat dikesan. Hari kedua pulak menyaksikan aku menjawab kertas BI dan Science kertas 2. BI sudah buat ulangkaji mengenai “Dr. Jekyll and Mr. Hyde”, memang berbaloi study last minute. Hari ketiga pula menjadi penentuan besar aku, Matematik PPSMI dan Sejarah pulak menyusul. Sejarah, bisa dijawab manakala Math pula dapat dijawab buat pertama kali kertas 2 penuh dengan jawapan. The day of 4, kertas KHB dan BAK pula boleh dijawab walaupun petikan BAK kurang difahami. Hari kelima, PAI dan Geografi….PAI no komen dan Geografi macam was-was.

H1N1……selesema babi, nama dalam Bahasa Melayunya. Kawan baik aku, Dija pula disyaki kena H1N1!! Risau jugak sebab meja trial-PMR dia ngan aku just selang sebaris jerk!! Sekolah aku tak ditutup walaupun dan 3 orang disyaki di SMKAP. Warga SMKAPian telah diberi bekalan topeng untuk mengelakkan H1N1 tersebar. Aku punya dah jahanam sebab tercabut string topeng tu. Kat Malaysia, dah 20 orang meninggal dunia akibat H1N1. Aku rasa wabak ini mungkin berlaku setiap 90 tahun pasal aku tengok sejarah Eropah, selesema Sepanyol pun dipanggil H1N1 yang berlaku pada 1919. Seramai 20-30 juta orang terbunuh dalam masa 3 minggu! Allah telah menurunkan bala kepada hamba-Nya yang lalai. Mari kita beristigfar dan kembali ke pangkal jalan. 

1 Ogos 2009, Malam Aspirasi Seni Palestin 2009 berlangsung di Pusat Dakwah Islam, Paroi. Khabarnya Prof. Zainur Rashid datang. Ruginya tak dapat pergi sebab F3 ngan F5 tak balik kampung. Aku rindu nak berbual dengan Prof. Zainur Rashid selepas baca hasil tulisan. Dulu, aku pernah berbual dengan beliau mengenai sejarah Islam, Palestin dan Politik Perak dan Malaysia ketika Kem ISMA Kebangsaan yang berlangsung di Ulu Bendol (bulan 5,2009). Palestin oh Palestin suatu hari nanti kamu akan dibebaskan!!!!

ISA…..1 Ogos 2009 juga!!! FUH…..lebih 100,000 orang berasak-asak dan berdemonstrasi menentang ISA!! “Mansuhkan ISA!” Itulah laungan mereka semua yang terlibat dalam demonstrasi yang paling terbesar tahun 2009 selain Gerakan Mansuh PPSMI dan Bubar DUN Perak. Aku sungguh kagum dengan orang muda yang terlibat bersungguh-sungguh mahu akta tersebut dimansuhkan. Gerakan ini diketuai oleh Syed Ibrahim Syed Noh yang bersungguh memohon Yang Dipertuan Agong. Semoga Gerakan ini berjaya.Aminnnnnnnnnnnnnnnnn……

Ok, itu sahajalah penulisan aku yang dah lama tak tulis sejak nak PMR nieyh!! Pesanan terakhir aku ialah, “Membujur Lalu, Melintang Patah” dan “Sejarah itu bulat, maka hayatilah!!”

Hidup semangat Khalifah!!!

Advertisements

Ogos 8, 2009 - Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , ,

2 Komen »

  1. huhuhu…. gd luck n all d best. smge sumenye berjaye…

    Komen oleh mia_anita | September 15, 2009 | Balas

  2. Assalamualaikum

    Rileks ar bro….

    Komen oleh realitihidupku | September 25, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: