Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 016 : Marhaban Ya Ramadhan!!!

–   Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)   –

Ramadhan….Telah tiba pada tahun ini dengan penuh kesederhanaan di negara Malaysia. Aku pergi menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat di surau Taman Tasik Jaya Fasa 1. Ternyata memang ramai benar orang berdedai-dedai datang menunaikan solat sunat ini yang berlaku dalam setahun sekali. Maklumlah.. cuti seminggu yang akan dipenuhi dengan ulangkaji dan latih tubi selepas trialku cuma mendapat 4A 1B 4C….teruk jugak…. 

Hm….. dalam keadaan hujan renyai-renyai sahaja, tidak menghalang aku pergi menunaikan solat sunat tarawih buat kali pertama pada tahun ini. Sebelum itu, imam surau Taman Tasik Jaya ini telah membacakan surah Al-Fath ayat satu pada solat Isyak yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu kemenangan yang nyata” -Al-Fath:1-

Selepas solat Isyak, aku memikirkan ayat ini yang pernah aku tulis dekat kertas ujian aku (especially Sejarah). Ayat Al-Quran ini membuatkan aku semangat dan aku berusaha menghayati Surah Al-Fath. Alhamdulilah….

Teruskan membaca

Advertisements

Ogos 21, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam | 4 Komen

# 015 : Trial yang huru-hara….

 

Semangat GMI

Semangat GMI

“Jangan engkau ingat remaja zaman sekarang teruk! Tetapi merekalah yang akan mencorak masa depan negara dan dunia” -Seorang Futuristik-

 

Trial – trial…. Hm.. Dah selesai, hanya tunggu keputusan yang menentukan aku dan rakan seperjuangan aku dalam kategori tertinggi,terbiasa,terendah dalam keputusan trial PMR dan PMR yang akan berlangsung sebulan setengah lagi. Huru-hara itu pasal peperiksaan, H1N1, Palestin dan ISA.

Peperiksaan baru ini memang susah sikit tetapi aku dapat jawab dengan berhempas-pulas di atas kertas peperiksaan. Tiap-tiap malam kat asrama mesti study,buat latihan (terutamanya Matematik, BM, BI dan Geografi) sambil mendengar lagu-lagu yang tengah ‘ngetop’ dalam MP4 kawan aku seperti; Alexa – Jangan Kau Lepas, Kangen Band – Kembali Pulang, Sixth Sense – Khatimah Cinta, Zee Avi – Kantoi, Hujan – Mencari Konklusi, Bunkface – Prom Queen dan tengok video klip Bunk Anthem oleh BUNKFACE!. Memang syok walaupun duduk terkurung dalam asrama namun teknologi seperti MP4,MP5,iPOD Apple dan telefon bimbit menyenangkan hati yang resah menghadapi trial PMR.

Teruskan membaca

Ogos 8, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , | 2 Komen