Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 014 : Lega?! Macam tak kena…


one..

“Lawan tetap lawan!” -DSAI-

Aku baru habis mendengar lagu Nikmat Sementara yang dimainkan oleh band anak muda tempatan iaitu band Statik. Macam biasa, lega yang kuharapkan dapat mengobat jiwa dan ragaku yang begitu berat pada hari Rabu hinggalah hari Jumaat. Dimana ketika itu, aku bersama rakan seperjuanganku menghadapi amarah Ujian Bulanan ke-2. Manakala aku juga menghadapi situasi yang memeningkan untuk sejenak kerana Mawar Khayalanku seolah-olah…. macam mana nak cakap yerk….

Pada 3 April 2009, selepas ujian Matematik, kawanku, Amir telah memberi aku kertas borang Soal Selidik mengenai PPSMI. Ramai yang menyokong tetapi ramai yang tidak menyokong. PPSMI merupakan pembelajaran dan penghayatan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Acap kali, aku melihat soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan soalan yang amat mudah (bukan nak koyok). Namun, ingatlah, suatu hari nanti kita akan kehilangan bahasa sendiri dalam mata pelajaran tersebut. Bukan dua subjek sahaja yang terlibat dalam PPSMI seperti diuarkan-uarkan oleh seorang ahli politik, tetapi 89 mata pelajaran yang terlibat dalam PPSMI. Banyakkan? Lu pikirlah sendiri..

Aku tidaklah sehebat dan setanding kawanku yang pandai dalam bidang badan beruniform, sukan, ASAT, akademik dan lain-lain. Bakat yang kupendam telah lama kupersiakan (tetapi kucuba bangkit) oleh kerana ada yang lebih besar daripada kawaku telah memandang rendah pada aku! Acap kali, aku masuk sesuatu acara yang mereka menganggap aku asing atau dalam bahasa Inggeris (PPSMI punya pasal) “extra-teresstrial”. Mereka (bukan semua daripada mereka yang melemparkan lontaran sedemikian kepada aku) juga menganggap aku macam tidak diperlukan tetapi suatu masa mereka amat memerlukan aku. Itu aku tidak peduli dalam hal tesebut. Tetapi, merendah-rendahkan aku yang membuat hati aku tersentuh dan aku masih simpan dan dijadikan sebagai kesabaran. Mereka (bukan semua) sering menaikkan kemarahan aku dan cuba menjatuhkan imej didepan perempuan dan orang lain seperti yang dialami Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin (Ir. Nizar tak marah ketika kerajaannya dirampas oleh kerajaan Perak, tapi dia bersabar. Beliau denganku amat jauh sekali bezanya), MB Perak.

Kesabaran bukan suatu mainan dan gurauan semata-mata mahupun ilusi. Kadangkala mereka (kawanku tapi bukan semua) berbaik denganku dan kadangkala mereka tidak sehaluan denganku. Aku tidak kisah semua itu. Aku kadangkala berjalan sendirian sambil mengenang apa yang akan terjadi pada masa depan aku mahupun orang lain seperti agamaku, keluargaku, doktrinku, Mawar Khayalanku, bangsaku dan sahabat-sahabatku. Aku bukanlah mahu nama walaupun orang mengejekku dengan perkataan ‘Romeo’ ataupun ‘Romi’. Istilah kura-kura pun takder macam itu. Aku berfikir kembali. Adakah mereka memanggil namaku ‘Romi’ hanya kerana ramai perempuan kawan denganku? Ataupun cemburu kerana keistimewaan yang aku ada? (bak kata kawan baik aku, Zulfiqar). Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan kelebihan dan kelemahan.

Bakat yang aku miliki cuba kuamati. Sejarah (bukan nak koyok..) merupakan subjek yang aku gemari. Aku amat meminati dalam bidang ini. Sekiranya umurku panjang, aku mahu mengambil jurusan Sejarah dan Kemanusiaan ketika berada dalam universiti. Selain bidang tersebut, aku berminat dalam bidang politik dan undang-undang. Namun, aku perlu teruskan lagi perjuangan aku dan berjaya dalam PMR dan SPM. Bukan senang nak dapat 9A ataupun arti kata lain berjaya. Marcapada makin lama, makin mencabar hidup diriku. Jarang sekali, perasaan lega datang dan dapat menenangkan diriku. Acap kali ada perkara yang berlaku padaku, sering kuingati sebelum aku memejamkan mata untuk mengalami kembara mimpi.

Aku berharap aku tidak putus asa ataupun dalam kebejatan yang penuh. Inilah masa untuk berubah. Reformasi perlu berlaku dalam diriku. Walaupun begitu, aku berasa lega tapi….. diriku ini seolah-olah tak kena…

Mintak maaf kawanku….jika ada tersilap tulis dan membuat anda terasa…  Mintak maap sesangat! Please maafkan….

Lega, macam tak kena.

Letih, macam tak reda.

Maruah, macam tak jaga.

Nikmat, macam tak lama.

Jiwa, macam tak sementara.

Cinta, macam tak rasa.

Ilmu, macam tak baca.

Kuasa, macam tak bicara.

Khalifah, macam tak ketua.

fikir-fikirkanlah…

Advertisements

April 4, 2009 - Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Cinta?!, Islam, Muzik Baru Malaysia, Politik | , , , , , ,

1 Komen »

  1. Adus..

    Awat hang ni..

    Nak jumpa tanak..

    Meh kita bincang best2..

    Komen oleh Akmal Hakim | Mei 4, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: