Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 013 : Jatuhnya Sebuah Empayar


Empayarku

Nabi Muhammad pernah berdoa : “Aku memohon kepada Tuhanku 3 perkara, dua permohonan diperkenankan tetapi satu permohonan lagi telah ditolak. Aku memohon kepada Tuhanku supaya umatku tidak dihapuskan (dari muka bumi) dan Dia menerimanya. Aku mohon umatku tidak mati kelaparan, Dia menerimanya. Aku memohon umatku tidak berselisih pendapat dan berpecah belah, tetapi Dia menolak” -Diriwayatkan Muslim-

21 Mac 2009..

Aku membaca kisah Khalid Al-Walid, seorang Saifullah yang bercita-cita syahid di pedang perang. Sampai muka surat ke 148, aku membaca hadis diatas. Nabi Muhammad pernah memohon kepada Allah suapaya tidak berpecah umatnya tetapi ditolak oleh Allah dan perkara tersebut berlaku pada hari ini.

Peperangan Dunia Pertama (1909-1919) telah berlaku selepas pembunuhan waris kerajaan empayar Austria-Hungary yang bersekutu dengan Jerman dan Turki Uthamniyyah. Pembunuhan itu dilakukan oleh warga Serb yang tinggal di Austria. Orang Serbia bersekutu dengan Perancis, British dan Russia (BERSEKUTU). 3 negara kuasa besar itu amat membenci kerajaan Turki Uthamniyyah ketika itu digelar “Old Man Sick”.

Sebelum itu, kerajaan Uthmaniyyah menghadapi krisis empayar kerana berlaku perpecahan dalam negara. Rakyat Islam Uthamniyyah telah berpecah belah dengan membahagikan tanah mengikut bangsa. Antara bangsa yang tinggal dalam empayar Uthmaniyyah ialah Turki, Armenia, Azerbaijan, Yahudi, Arab, Greece dan lain-lain. Mereka menuntut kemerdekaan.

Dalam keadaan huru-hara, tentera Turki Uthamniyyah berperang dalam Perang Dunia Pertama yang menyaksikan pengkhianatan telah berlaku terhadap Turki Uthamniyyah dan kekalahan Turki Uthamnityyah. Mana taknya, asalnya dia seorang komander yang hebat, tetapi kini dia menjadi pengkhianat. Siapakah gerangan itu?

Mustafa Kamal. Dia telah mengkhianati Turki Uthmaniyyah dan dia mendarat di Samsun pada tahun 1919. Tentera ANZAC telah berjaya mengalahkan tentera Turki Uthmaniyyah. Orang Islam yang nasionalisme telah meraikan kejayaan Mustafa Kamal Attaturk dengan membahagikan negara-negara mengikut bangsa dan menghapuskan sistem yang teragung didunia iaitu Khalifah pada 23 Mac 1924.

Seluruh negara Barat yang BERSEKUTU telah meraikan kemenangan tersebut. British telah memerdekakan negara jajahannya dengan memecahkan tanah mengikut bangsa dan diikuti Perancis,Portugis dan Sepanyol selepas Perang Dunia Ke-2 (1942-1945).

Tanah Melayu dipisahkan dengan Indonesia pada tahun 1948. Padahal orang Melayu bersatu didua negara tersebut. Ini amat menyedihkan. Mereka yang mahukan kemerdekaan lupa akan sejarah apabila Tanah Melayu mempunyai sejarah dengan Indonesia dalam tempoh 2000 tahun.

Sedih, hiba dan pasrah. Umat Islam telah berpecah pada hari ini. Politik barat telah memecahkan Islam. Kecewa Islam amat payau disatukan lagi. Jiwa dan fikiran masih terikat dengan Barat. Kecewa tak bermakna. Semua hanyalah tipu daya. Modenisasi dan globalisasi memakan diri umat Islam. Fikirkanlah wahai umat Islam.

Advertisements

Mac 22, 2009 - Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , ,

3 Komen »

  1. BETUL TU BETUL

    Ingatlah umat islam semua!
    Islama adalah agama untuk setiap manusia,
    tetapi hari ni,

    ISLAM dipecahbelahkan mengikut bangsa….

    ADAKAH INI RELEVAN………!!!!!!!!

    Justru, Ingatlah saudara seislamku!
    Setiap orang yang mengucapkan kalimah syahadah ialah pendakwah!!!
    Ingatlah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH taala di Akhirat nanti!!!

    WaAllahua’lam……

    Komen oleh realitihidupku | April 4, 2009 | Balas

  2. Post yang sangat baik Fitrie.

    Abang suka kaedah kita menulis, kita mengkaji dengan FIKIR akhirnya bermatlamatkan ZIKIR.

    ZIKIR itu terdapat pada hadis dan quran.

    Banyakkan menulis seperti ini.

    Fitrie,

    Bagi abang, setelah lama abang meneliti dunia sejarah, bahkan bukan setakat sejarah Islam, baru abang faham kenapa Allah tak makbulkan satu-satunya doa nabi untuk umatnya bersatu.

    Kerana perselisihan faham bagi abang adalah satu rahmat.

    Andai kita berfikir, fikir, dan fikir bagaimana umat ini akan bersatu, maka kita tidak akan menemui jawapannya melainkan kita sebenarnya mengakui kita sebenarnya telah bersatu.

    Bersatu atas apa?

    Akidah yang satu.

    Ukhwah itu telah terjalin sudah.

    Masalahnya kita ini yang sentiasa memberatkannya.

    SENTIASA.

    Kita fikir kita tak bersatu, tak bersama dan sebagainya.

    Sedangkan kita hanya tidak bersefahaman.

    Tetapi selagi jiwa itu adalah jiwa muslim, kita kena kaji bahawa sebenarnya kita ini memerlukan segenap tenaga untuk membentuk dan menilai siapa diri kita.

    Dari situ perlahan-lahan jiwa antara muslim akan bersatu.

    Ikhtilaf itu rahmat.

    Kerana rahmat inilah yang menyebabkan kita berusaha menyatukan fikrah(wihdatul fikr) mencapai matlamat khilafah Islamiah itu.

    Wallahu a’lam.

    Komen oleh Akmal Hakim | Mei 4, 2009 | Balas

  3. nice blog mashAllah.

    Komen oleh Islam | Julai 23, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: