Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 011 : Muzik Baru Malaysia


kami-sayang-indie1

“WE SUPPORT OUR LOCAL BAND” -Aku.Dia.Gumbira-

Muzik baru Malaysia telah berjaya memikat selera pendengar rakyat Malaysia. Sebagai bukti, band Hujan dengan lagu mantapnya iaitu “Pagi Yang Gelap” menjadi siulan di kalangan rakyat Malaysia pada akhir tahun 2007.

Selain itu, sebuah band yang sedang meningkat naik iaitu Bunkface menjadi band terhangat dikalangan peminat muzik Malaysia. Bunkface dengan lagu Melayu pertamanya, ‘Situasi’ telah kekal bertahan didalam carta sebuah stesen radio tempatan. Disamping itu,The Divine Masters telah menampilkan muzik yang bertenaga dalam lagu ‘Disampingmu’.

Ini bermakna band-band Malaysia sudah berjaya mengalahkan band-band seberang yang dahulunya gah dengan band Peterpan, Nidji, Letto, Ungu, Sheila On 7 dan lain-lain. Nampaknya sudah berlaku perubahan dalam industri muzik Malaysia. Indusri muzik baru Malaysia telah membawa suatu budaya muzik yang baru.

Muzik baru Malaysia telah menampilkan kelas muzik tersendiri yang berunsur bebas atau dikenali sebagai ‘indie’. Kebanyakan band-band Indie telah menampilkan muzik yang kemas dan mempunyai mesej yang jelas dalam lagu band tersebut. Lagu mereka tidak akan menjadi purba dan kolot.

Sebuah band Indie telah menampilkan lagu mereka dengan isu-isu terkini. Walaupun lirik mereka ada yang tersirat, namun lirik tersebut telah membuatkan kita berfikir bagaimana mereka dapat menyajikan lirik tersebut dengan kehidupan. Contohnya,suatu hari,saya dan kawan saya sedang mendengar lagu Wajah oleh band yang berusia 10 tahun iaitu Laila’s Lounge.

“Cube ko tengok lirik lagu ni.”

“Apakah terhapus semua kedamaian??? Pelik!”

“Cuba kau lihat lirik ini lagi.”

“Halaman ini usahlah kaulah curi.Ia milik mereka??”

“Mungkin lagu ini mengajak kite memikirkan tentang peperangan…”

“Mungkin juga.”

Itu merupakan tafsiran saya mengenai lagu tersebut kerana nada muzik mereka mainkan (bukan versi acoustic) dengan nada yang rendah dengan menggunakan suara yang sedih. Kalau saya memikirkan kembali, peperangan telah membawa perampasan tanah,harta dan menghapuskan kedamaian dan keamanan. Memang bagus muzik baru Malaysia telah mencorak lagu dengan kehidupan

Justeru,muzik baru Malaysia telah mengubah industri muzik Malaysia daripada baik menjadi lebih baik. Tahniah band anak temparan seperti Bunkface, Hujan,One Buck Short, The Times, Pesawat, Laila’s Lounge, Melastik Bintang, Butterfingers, Bittersweet, Maximus, Grey Sky Morning, The Divine Masters dan lain-lain lagi.

Tahniah band-band indie Malaysia!

Hidup Indie!

WE SUPPORT OUR LOCAL BAND!

Advertisements

Mac 19, 2009 - Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Muzik Baru Malaysia | , , , ,

5 Komen »

  1. lagu nasyid x dew kew??.
    huhu,,
    pe pown,,
    band indie the best,,..

    Komen oleh wannaknowme | Mac 21, 2009 | Balas

  2. yeah..ak nmpk skang muzik malay dh maju sket dgn adanya muzik indie nie..

    Komen oleh rainjers | Julai 16, 2009 | Balas

    • yup…skg dah menigkat la indie ni…dah makin kogker carta muzik m’sia…pe2 pun syabas 2 u all!!!!!!!!

      Komen oleh low | Oktober 30, 2009 | Balas

      • thx 4the comment…

        Komen oleh sultanfitrie | November 7, 2009

  3. salam.
    disini nk promote sket band aku ni
    hehe.
    x power ar cam band2 kat atas tu.

    korang dngar la melalui
    http://www.myspace.com/pressureinsidefeeling

    hehe.thnks3

    hidup malaysia~

    Komen oleh asyique | Disember 10, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: