Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

#010 : Membebaniku?!


“Sedikir-sedikit,lama-lama jadi bukit” -pepatah Melayu-

13 Mac 2009,2:30 petang

Banyak perkara telah memenuhi beg galas aku yang sedang aku sandang ini. Banyak kerja sekolah perlu disiapkan ketika cuti semester pertama ini. Kerja sekolah bukan sebarang kerja sekolah. Kerja sekolah yang perlu aku siapkan dirumah adalah berkaitan dengan PMR.

Bagiku PMR itu amat penting bagiku untuk menentu hala tuju aku cita-cita aku. Aku berharap sangat dapat masuk Sains Tulen kerana Biologi dan Kimia merupakan subjek menengah atas paling aku suka selain Sejarah dan Pendidikan Sunnah Islamiah. Tapi sebelum itu,kerja sekolah perlu disiapkan.

Hm,kalau kerja sekolah aku dah siap,merdehekalah kejap! Dapatlah beristirehat ataupun beribadat. Namun,aku perlu study untuk bekalan semasa PMR nanti. Terpaksa aku buat ulangkaji mata pelajaran tingkatan 1 dan dua.

13 Mac 2009, pukul 8:45 malam.

Aku terus buat kerja sekolah. Aduhai,belek-belek balik kertas kerja sekolah cikgu balik,memang membebaniku. Tak tahu mana satu nak buat. Mula-mula buat Mathematics, boleh jawab tetapi aku mula pening nak jawab soalan ‘Indices’. Sakit hati bila tengok soalan ‘Indices’. Aku telefon kawan aku tentang tajuk ‘Indices’.

“Assalamualaikum! Nak tanya boleh tak?”

“Wa’alaikumussalam! Nak tanya? Boleh! Tanya jerk!”

Selepas aku menanyakan soalan ‘Indices’ kepada kawan aku,dia berkata:

“Wei,Fitrie! Minta maaflah banyak-banyak! Aku tak dapat jawab dalam bab ini.”

Dia pun tak dapat jawab. Aku buka buku rujukan tapi aku tak faham apa yang soalan hendakkan. Aku tak boleh buat apa. Tapi aku teruskan dengan kerja sekolah yang paling besar bagi aku,iaitu Kerja Kursus Geografi dan Sejarah untuk PMR 2009. Aku kena buat berhati-hati supaya dapat markah terbaik. Tapi banyak sangat kerja-kerja perlu dilakukan. Butir-butiran kerja Geografi pula rumit. Tapi aku perlu ungkaikan sedikit demi sedikit walaupun ia amat membebaniku!

17 Mac 2008,11:45 malam

Alhamdulilah,akhirmya siap juga kerja kursus PMR aku. Dengan izin Tuhan,aku berjaya menyiapakan kerja sekolah aku yang berat.

Walaupun cikgu memberi kerja sekolah yang berat kepada kita,tetapi ia untuk masa depan kita untuk meneruskan kejayaan dalam PMR dan SPM. Kita perlu bersyukur kerana mempunyai cikgu yang mengambil berat terhadap anak muridnya. Mungkin suatu hari nanti,kita menjadi pemimpin kepada mereka.

Kerja sekolah telah membebaniku,tetapi ia untuk masa depanku. Hanya Tuhan saja dapat membalas jasa cikgu walaupun telah membebaniku.

TERIMA KASIH CIKGU!


Advertisements

Mac 17, 2009 - Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh

5 Komen »

  1. good jobs..
    congrats ea..

    Komen oleh dja | Mac 18, 2009 | Balas

  2. cam knal jew kalkulator uh,,

    Komen oleh wannaknowme | Mac 21, 2009 | Balas

  3. huhu,just pembetulan..
    bkn pendidikan sunnah islamiah
    tapi,pendidikan syariah islamiah..
    good writing!

    Komen oleh peaceout | Mac 24, 2009 | Balas

  4. bolehlar…

    Komen oleh ehmm | Julai 19, 2009 | Balas

  5. ai wannaknowme, pe takye kenal…satu kilang…ha3

    Komen oleh fatima | Julai 19, 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: