Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 006 : Kebangkitan Islam

islam_background_61“Sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu kemenangan yang nyata.” – Al-Fath : 1 –

Islam sebuah agama yang tercipta disebuah tanah yang gersang. Tidak seperti agama samawi lain yang terbina diatas bumi yang subur seperti di Palestin yang menjadi tapak asal penyebaran Kristian dan Yahudi (di Mesir juga tetapi setelah Nabi Musa dan Harun serta pengikutnya keluar ke Palestin diatas perintah Allah).Islam yang merupakan agama yang penyebarannya terpantas didunia oleh sebab dalam tempoh 1400 tahun,Islam sudah ada 1.7 billion penganutnya. Dengan kekayaan sejarah yang cukup untuk memenuhi segala ruang didunia ini,Islam juga mempunyai cerita disebalik kekayaan sejarahnya. Dari Sepanyol hinggalah Indonesia yang menyaksikan penyatuan empayar Islam yang cukup kuat dan hebat. Umaiyah hinggalah Uthmaniyyah mencipta sejarah empayar sendiri.

Teruskan membaca

Advertisements

Februari 28, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , , | 3 Komen

#005 : Apa yang Penting?! Kerjasama!

3d-pedas-copy“Siapa yang berjalan diatas landasan,dia pasti akan sampai” -Pepatah Arab-

Kemenangan yang sah dan adil adalah suatu kemenangan yang terbaik.Aku cuba menang dalam semua perkara yang aku masuki namun tetap tewas dan terlewatkan. Hari ini hari yang cerah,esok siapa yang tahu. Pepatah itu pernah tercatat dalam loker kesayangan aku pada tahun lepas. Tapi itu semua hanyalah mimpi yang amat diragui. Tapi itu takkan mematikan semangat aku dalam menempuh kehidupan membina Empayar Rakyat bersama rakyat.Tapi aku harap aku ni seorang yang gebang sehinggakan semua percakapan akan terbang. [Lagi…] Khamis,26 Februari Kawan baik aku,Dalila menanyakan aku apabila aku bertembung dengannya dihadapan kelas 3 Republik of Khawarizm. Dia panggil aku dengan nama gelaran Joe. Sejak dari form 1 lagi. Tak tahu apa sebab. Mungkin gigi hadapan aku ini memainkan peranan penting.

Teruskan membaca

Februari 28, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam | , , , | 3 Komen

# 004 : Dilema Besar

 

“Sesungguhnya Tuhanmu,Dialah lebih mengetahui akan sesiapa yangsesat dari jalannya,dan Dialah yang mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.” Surah Al-An’am 6:17

 

PMR…PMR… 7 bulan lagi datanglah ia. Aku mula berasa khuatir dan gusar kerana persediaan aku kadangkala cukup-cukup makan ataupun minimun je bak kata orang putih.Kadangkala belajar macam SPM lah.Tapi,kawan aku yang mendapat 9A dalam PMR iaitu Mohd. Syarmine berkata:

“Rilek,PMR itu senang je. Kau kena pandai bahagikan masa. Jangan asyik study je,nanti tertekan. Lepas itu bila ambil peperiksaan tak dapat jawab. Nanti ambil keputusan PMR,jangan menangis pulak!”

“Baiklah,aku pun terus berusaha demi memastikan masa depan aku tidak gelap. Aku mahu ambil bidang Sains Tulen yang menjadi matlamat aku untuk menjadi Saintis.Bukan senang nak cari saintis Islam didunia ini.”

“Baiklah,semoga Allah memakbulkan doa kamu itu”

Teruskan membaca

Februari 9, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam | , , , , , , | 2 Komen

#003 : Boikot…Jangan gebang!!

islam kene bersatuAdapun orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka,dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang yang zalim.” -Surah Ali-Imran3:57-

Di restoran Bang Lan,aku membaca suratkhabar Berita Harian. Muka depan,cerita pasal situasi politik Perak. Naik benci aku dengar yang Umno mengatakan Pakatan Rakyat men’derhaka’ kepada raja. Bagi aku, MB Ir. Nizar Jamaluddin cuma mahu mengikut prosedur Sistem Raja Berpelembagaan. Aku buka lagi mukasurat demi mukasurat untuk cari cerita hangat sambil menunggu pesanan makanan aku iaitu Nasi Goreng Ayam yang berharga RM4.50.

“Masya-Allah! Semoga Allah menangkan pihak yang benar dan teraniaya! Jika benarlah barangan milik peribadi DatuK Seri Ir. Nizar digeledah,maka tolonglah beliau.”

Sampai pula kedalam ruangan “Dunia”,dimana Zionis Israel telah berjaya menundukkan pemerintahan Amerika yang dibawah pimpinan Obama. Mereka berkata Zionis tidak getir dengan Obama.Pilihanraya Israel akan bermula pada 10 Februari ini.Tzipi Lvini dikatakan menjadi pilihan rakyat Israel. Mereka tidak hairan dengan kutukan dunia malah mereka juga membelakangkan resolusi yang diluluskan oleh PBB.

Teruskan membaca

Februari 8, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Politik | , , , , , | Tinggalkan komen

#002 : Politik dan Kehidupan

islam_soldier_of_allah

Daripada Aisyah r.a,katanya, Rasulullah pernah bersabda dalam rumahnya dengan demikian:

“Ya Allah,barangsiapa yang menguasai sesuatu pemerintahan umatku,kemudian ia membuat kesengsaraan pada mereka,maka berikanlah kesengsaraan kepada orang itu sendiri,sedang barangsiapa yang menguasau sesuatu pemerintahan umatku,kemudian dia menunjukkan kasih-sayang kepada mereka,baik ucapan atau perbuatannya,maka kasih sayangilah orang itu (Riwayat Muslim)”

Politik. Memang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan Islam. Dalam Islam,politik dilihat sebagai kepentingan kerana politik merupakan perkara utama dalam sebuah pentadbiran. Malah,Rasulullah amat berat dalam bidang politik ketika penghijrahan Baginda bersama Abu Bakar ke Madinah dengan mempersaudarakan Muhaijirin dan Ansar sebagai satu umat Islam dan tiada diskriminasi.Selain itu Rasulullah juga membuat piagam bertulis pertama didunia iaitu Piagam Madinah untuk memastikan kestabilan politik di Madinah yang menyemaratakan hak kepada semua puak Arab,Yahudi dan lain-lain.

Keperibadian Rasulullah wajar dicontohi oleh ahli politik untuk jadikan tauladan kepada semua orang kerana ahli politik yang telah dilantik sebagai pemimpin bagi rakyat supaya rakyat percaya dan yakin dengan kepepimpinan ahli politik. Jika berlaku,penipuan dan pengkhianatan terhadap ahli politik,perlu bersabar dan berdoa kepada Allah kerana doa orang teraniaya senang termakbul. Yakinlah,pemerintahan yang bercirikan kebenaran pasti diterima orang.

Teruskan membaca

Februari 7, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | 2 Komen

#001: Anjakan Paradigma

jadikan halangan sebagai pengukur kejayaan

“Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda,jiwa raga, pena (penulisan), dan lidah (dakwah). ”
– Sayyid Abul ‘Ala al- Maududi –

Pada petang 18 Januari 2009..Dalam perjalanan ke Musolla Al-Muttaqin dari kantin….

“Alamak,esok Obama nak angkat sumpah kat White House. Mesti dapat liputan penuh kat akhbar-akhbar utama dunia.”

Itulah kata-kata kawan aku yang begitu semangat melihat perubahan yang akan dibawa oleh Obama di Timur Tengah. Dia yakin Obama akan berdamai dengan pemimpin Republik Islam Iran iaitu,Ahmadinejad. Tetapi aku rasa ia tidak mungkin akan berlaku.

“Oyt,Fitrie! Kau rasa boleh ke Obama membawa perubahan dalam institusi pentadbiran Amerika?”

“Aku rasa tidak! Orang-orang macam itu cuma menanam tebu ditepi bibir sahaja. Mengikut pandangan akulah,Obama menang disebabkan pelobi Zionis menolongnya. Amerika merupakan sekutu kuat Zionis. Takkan Amerika nak tolong orang Islam dan menjadi serampang dua mata? Aku memang tak yakin dengan Amerika ini dalam segi politik mereka.”

Selepas leka berborak,Abang Aizad suruh aku hantar begnya ke tempat Form 5.Macam biasa. Baca Surah Al-Fath dan surah 3 Kul dan azan Maghrib berkumadang.

Teruskan membaca

Februari 6, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , , | 1 Komen