Anjakan Paradigma

Just another WordPress.com weblog

# 018 : PMRku…


“Dengan Nama Allah Lagi Maha Pengasih Dan Maha Penyayang” -Surah Al-Fatihah : 1-

24 Disember 2009
Pagi, 9:00 a.m…

Aku ketika itu baru bangun tidur pagi (tapi dah solat subuh r..) yang amat segar dan tidaklah hangat. Selalunya aku bangkit daripada tidur selalunya pukul kira-kira 12.00 tengahari. Terus bangkit dan solat Zuhurlah manglinya.. Hari ini merupakan hari sebelum Krismas dan merupakan hari yang mendebarkan seluruh warga bech 1994 yang mengambil keputusan PMR 2009. Aku bersiap-siaga dengan mengenakan pakaian hijau-putih belang dan kasut adidas coklatku. Lalu aku menonton siri kartun Ben-10 (maklumlah citew pagi2..)

Pukul 11 pagi..

Kawan aku, Iefat Lampi berulang2 kali menelefon aku untuk bertanyakan mengenai kepulangan buku teksnya kepada pihak SBPT SMKAPian (tyme 2 iefat ‘bercuti’ pas PMR).. Aku cakap pada dia yang aku sudah lama pulangkan, hanya 16 buah buku teks sahaja yang aku pulangkan pada pihak sekolah.

Lepas tuh, ramai pula kawan aku menelefon aku bertanyakan kehadiran aku mengambil keputusan PMR 2009. Berdebar pulak rasanya didalam jantung ini. Ketika didalam kereta Proton Waja ayahku, aku membuka tetuang udara (yakni radio) saluran radio XFM yang terkenal dengan mottonya “Kami Tak Hot, Kami Cool!”,
dengan lagu Drama King oleh Meet Uncle Hussein dan Black yang top giler uh!

Pukul 12.00 tengahari..
Akhirnya, sampai di SMKA Pedas. Aku pun terus keluar dan berjalan menuju kawan aku. Sesampai je, kena fuck ngan Atoi kerana aku kutuk M.U yang teruk lagi hampeh ketika tewas 0-3 Fulham. Ketika itu, lebih kurang 3 orang kelas 3 Razi dah dapat 9A. Hebat! Aku mula teruja sangat! Sponge, Beyon, Apak, Pejal dan aku mula berasa gembira dan mengajak kawanku pergi mengambil keputusan PMR di dewan An-Nur.

Teruskan membaca

Disember 24, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Komen

# 017 : Hoben Jang Hoben!!

“Hoben Jang Hoben!!” -penyokong Negeri Sembilan!!-

7 NOV 2009…

Malam penuh menyaksikan kegemilangan bola sepak Negeri Sembilan mencapai kemuncaknya setelah kemarau Piala Malaysia selama 61 tahun setelah menggapai piala berprestij ini kali terakhir pada tahun 1948 selepas menewaskan Selangor 2-1. Kemenangan 3-1 Negeri Sembilan mengatasi Kelantan bermakna Kelantan terus kempunan Piala Malaysia sejak kejohanan tersebut diadakan pada 1921. Itu baru sejarahnya.

Pencapaian ini dilakarkan dengan jaringan gol Sharuain Abu Samah, Hairuddin Omar (baru men 15 saat second-half, beliau dah skor!) dan sepakan penalti, Zaquan Adha meletakkan Negeri Sembilan di hadapan 3-0 sebelum Indraputra Mahyuddin memecahkan kebuntuan Kelantan pada minit 83. Sebelum itu, ramai penyokong Kelantan sudah pun keluar dengan perasaan hampa ketika NS berada dalam keadaan selesa 3-0.

Teruskan membaca

November 7, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Sukan | , , , , , | 1 Komen

# 016 : Marhaban Ya Ramadhan!!!

–   Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)   –

Ramadhan….Telah tiba pada tahun ini dengan penuh kesederhanaan di negara Malaysia. Aku pergi menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat di surau Taman Tasik Jaya Fasa 1. Ternyata memang ramai benar orang berdedai-dedai datang menunaikan solat sunat ini yang berlaku dalam setahun sekali. Maklumlah.. cuti seminggu yang akan dipenuhi dengan ulangkaji dan latih tubi selepas trialku cuma mendapat 4A 1B 4C….teruk jugak…. 

Hm….. dalam keadaan hujan renyai-renyai sahaja, tidak menghalang aku pergi menunaikan solat sunat tarawih buat kali pertama pada tahun ini. Sebelum itu, imam surau Taman Tasik Jaya ini telah membacakan surah Al-Fath ayat satu pada solat Isyak yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu kemenangan yang nyata” -Al-Fath:1-

Selepas solat Isyak, aku memikirkan ayat ini yang pernah aku tulis dekat kertas ujian aku (especially Sejarah). Ayat Al-Quran ini membuatkan aku semangat dan aku berusaha menghayati Surah Al-Fath. Alhamdulilah….

Teruskan membaca

Ogos 21, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam | 4 Komen

# 015 : Trial yang huru-hara….

 

Semangat GMI

Semangat GMI

“Jangan engkau ingat remaja zaman sekarang teruk! Tetapi merekalah yang akan mencorak masa depan negara dan dunia” -Seorang Futuristik-

 

Trial – trial…. Hm.. Dah selesai, hanya tunggu keputusan yang menentukan aku dan rakan seperjuangan aku dalam kategori tertinggi,terbiasa,terendah dalam keputusan trial PMR dan PMR yang akan berlangsung sebulan setengah lagi. Huru-hara itu pasal peperiksaan, H1N1, Palestin dan ISA.

Peperiksaan baru ini memang susah sikit tetapi aku dapat jawab dengan berhempas-pulas di atas kertas peperiksaan. Tiap-tiap malam kat asrama mesti study,buat latihan (terutamanya Matematik, BM, BI dan Geografi) sambil mendengar lagu-lagu yang tengah ‘ngetop’ dalam MP4 kawan aku seperti; Alexa – Jangan Kau Lepas, Kangen Band – Kembali Pulang, Sixth Sense – Khatimah Cinta, Zee Avi – Kantoi, Hujan – Mencari Konklusi, Bunkface – Prom Queen dan tengok video klip Bunk Anthem oleh BUNKFACE!. Memang syok walaupun duduk terkurung dalam asrama namun teknologi seperti MP4,MP5,iPOD Apple dan telefon bimbit menyenangkan hati yang resah menghadapi trial PMR.

Teruskan membaca

Ogos 8, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , | 2 Komen

# 014 : Lega?! Macam tak kena…

one..

“Lawan tetap lawan!” -DSAI-

Aku baru habis mendengar lagu Nikmat Sementara yang dimainkan oleh band anak muda tempatan iaitu band Statik. Macam biasa, lega yang kuharapkan dapat mengobat jiwa dan ragaku yang begitu berat pada hari Rabu hinggalah hari Jumaat. Dimana ketika itu, aku bersama rakan seperjuanganku menghadapi amarah Ujian Bulanan ke-2. Manakala aku juga menghadapi situasi yang memeningkan untuk sejenak kerana Mawar Khayalanku seolah-olah…. macam mana nak cakap yerk….

Pada 3 April 2009, selepas ujian Matematik, kawanku, Amir telah memberi aku kertas borang Soal Selidik mengenai PPSMI. Ramai yang menyokong tetapi ramai yang tidak menyokong. PPSMI merupakan pembelajaran dan penghayatan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Acap kali, aku melihat soalan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan soalan yang amat mudah (bukan nak koyok). Namun, ingatlah, suatu hari nanti kita akan kehilangan bahasa sendiri dalam mata pelajaran tersebut. Bukan dua subjek sahaja yang terlibat dalam PPSMI seperti diuarkan-uarkan oleh seorang ahli politik, tetapi 89 mata pelajaran yang terlibat dalam PPSMI. Banyakkan? Lu pikirlah sendiri..

Teruskan membaca

April 4, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Cinta?!, Islam, Muzik Baru Malaysia, Politik | , , , , , , | 1 Komen

# 013 : Jatuhnya Sebuah Empayar

Empayarku

Nabi Muhammad pernah berdoa : “Aku memohon kepada Tuhanku 3 perkara, dua permohonan diperkenankan tetapi satu permohonan lagi telah ditolak. Aku memohon kepada Tuhanku supaya umatku tidak dihapuskan (dari muka bumi) dan Dia menerimanya. Aku mohon umatku tidak mati kelaparan, Dia menerimanya. Aku memohon umatku tidak berselisih pendapat dan berpecah belah, tetapi Dia menolak” -Diriwayatkan Muslim-

21 Mac 2009..

Aku membaca kisah Khalid Al-Walid, seorang Saifullah yang bercita-cita syahid di pedang perang. Sampai muka surat ke 148, aku membaca hadis diatas. Nabi Muhammad pernah memohon kepada Allah suapaya tidak berpecah umatnya tetapi ditolak oleh Allah dan perkara tersebut berlaku pada hari ini.

Teruskan membaca

Mac 22, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , , | 3 Komen

# 012 : Bebas….

tentera Allah

“Kita semua perlu bebas daripada cengkaman zalim” -Seorang Sultan-

Kebebasan dan kemenangan adalah impian seluruh hidupan didunia ini terutamanya pembebasan diri daripada cengkaman kezaliman. Dunia hari ini menyaksikan tiada lagi sebarang penjajahan secara fizikal tetapi penjajahan secara minda sedang berlaku pada masa kini. Penjajahan secara minda atau dikenali sebagai ‘Kawalan Minda’ ataupun dalam Bahasa Arab dikenali sebagai ‘Ghazwul- Fikr’.

Penjajahan secara fizikal telah membuat fikiran seseorang tidak bebas melakukan apa saja. Manakala penjajahan secara minda boleh membuat minda seseorang dijajah oleh suatu pemikiran yang membuatkan seseorang itu tidak bebas kerana sudah terikat dengan pemikiran tersebut contohnya kapitalis,liberalis,komunis,pruralis dan lain-lain.

Teruskan membaca

Mac 21, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Islam, Politik | , , , , , | 2 Komen

# 011 : Muzik Baru Malaysia

kami-sayang-indie1

“WE SUPPORT OUR LOCAL BAND” -Aku.Dia.Gumbira-

Muzik baru Malaysia telah berjaya memikat selera pendengar rakyat Malaysia. Sebagai bukti, band Hujan dengan lagu mantapnya iaitu “Pagi Yang Gelap” menjadi siulan di kalangan rakyat Malaysia pada akhir tahun 2007.

Selain itu, sebuah band yang sedang meningkat naik iaitu Bunkface menjadi band terhangat dikalangan peminat muzik Malaysia. Bunkface dengan lagu Melayu pertamanya, ‘Situasi’ telah kekal bertahan didalam carta sebuah stesen radio tempatan. Disamping itu,The Divine Masters telah menampilkan muzik yang bertenaga dalam lagu ‘Disampingmu’.

Teruskan membaca

Mac 19, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh, Muzik Baru Malaysia | , , , , | 5 Komen

#010 : Membebaniku?!

“Sedikir-sedikit,lama-lama jadi bukit” -pepatah Melayu-

13 Mac 2009,2:30 petang

Banyak perkara telah memenuhi beg galas aku yang sedang aku sandang ini. Banyak kerja sekolah perlu disiapkan ketika cuti semester pertama ini. Kerja sekolah bukan sebarang kerja sekolah. Kerja sekolah yang perlu aku siapkan dirumah adalah berkaitan dengan PMR.

Bagiku PMR itu amat penting bagiku untuk menentu hala tuju aku cita-cita aku. Aku berharap sangat dapat masuk Sains Tulen kerana Biologi dan Kimia merupakan subjek menengah atas paling aku suka selain Sejarah dan Pendidikan Sunnah Islamiah. Tapi sebelum itu,kerja sekolah perlu disiapkan.

Teruskan membaca

Mac 17, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, At-Tawarikh | 5 Komen

# 009 : Tandas….

“Tiada orang kedua melihat sampah(kotor)” -Sebuah pepatah-

Tandas. Mula dicipta sekitar 4000 SM. Rekod penciptaan tandas terawal bermula di Rom. Kerajaan Rom amat peka tehadap kebersihan dan membuat kempen-kempen kesedaran. Kerajaan Rom telah membina tandas-tandas awam untuk digunakan awam. Sebagai buktinya, di Colleseum,Rom ada tandas terbuka di sana.

Tandas merupakan tempat manusia melepaskan tanggungjawab bahan kotoran yang terkandung dalam usus-usus sebelum ia keluar melalui anus. Tandas juga merupakan tempat yang kotor tapi perlu disucikan selepas menggunakannya tetapi negara ini segelintir rakyatnya tidak mempedulikan hal tandas.

Teruskan membaca

Mac 17, 2009 Posted by | Anjakan Paradigma, Islam | , , , | 7 Komen